Tipu Pakej Haji | MOTAC masih cari penyelesaian terbaik

2022-09-21 0

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Budaya (MOTAC) sedang mencari penyelesaian terbaik berhubung kes bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Julai lalu, dipercayai ditipu sebuah agensi pelancongan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Santhara Kumar berkata, kes tersebut juga masih di bawah penilaian dan kajian oleh pihak kementerian.